![]() |
Poster Pertandingan Orienteering Outdoor Rec (Foot O) |
1) Hari : Sabtu
2) Tarikh : 29/2/2020
3) Masa : 9.30 pagi - 12.15 tengah hari
4) Lokasi : Seluruh kawasan KMPh.
5) Undang - Undang : Pertandingan akan dijalankan mengikut Undang-undang Pertandingan Persatuan Orienteering Malaysia (MOESC) yang disesuaikan dengan peraturan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF).
6) Penyertaan Ahli Kumpulan :
- Penyertaan terbuka kepada semua pelajar Kolej Matrikulasi Pahang.
- Penyertaan terdiri daripada 30 kumpulan
- Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang ahli
untuk setiap kategori yang dipertandingkan.* LELAKI - 10 KUMPULAN
*PEREMPUAN - 10 KUMPULAN
*CAMPUR - 10 KUMPULAN
7) Yuran Penyertaan setiap kumpulan : RM2
8) Pelaksanaan Pertandingan :
- Kejohanan ini adalah acara Berpasukan.
- Setiap peserta akan dibekalkan
dengan peta orienteering dan kad kawalan. Kesemua alatan
hendaklah dikembalikan kepada ahli
yang bertugas semasa tiba di garis penamat.
- Masa berlepas bagi setiap kumpulan telah
ditetapkan mengikut 6 pusingan. Pada setiap
pusingan, 5 kumpulan yang terdiri
daripada 3 kategori berbeza (rawak) akan dilepaskan
serentak. Selepas 5 minit, pusingan
kedua diteruskan dan seterusnya.
- Peserta-peserta
apabila tiba di setiap Titik Kawalan (CP) dikehendaki mengimbas/menebuk kad
kawalan masing-masing.
kawalan masing-masing.
- Peserta-peserta dikehendaki mengimbas ‘QR
code’ atau menebuk kad kawalan
masing-masing (jika QR code
tidak berfungsi). Peserta yang gagal mengimbas/menebuk,
tidak dapat menghabiskan perlumbaan
atau kehilangan kad kawalan akan dikira batal.
- Peserta yang sampai di garisan penamat
selepas melebihi masa yang telah ditetapkan
dibatalkan serta-merta.
9) Penentuan Kemenangan :
Acara Berpasukan :
- Penentuan
kemenangan ditentukan dengan kutipan masa oleh setiap kumpulan. Kumpulan yang
memperoleh kutipan masa tersingkat akan diisytiharkan sebagai pemenang.
- Kiraan masa = masa yang diambil untuk
menyelesaikan pusingan + masa
penalti yang dikenakan.
- Jika masa yang dicatatkan oleh peserta
tersebut menunjukkan catatan kiraan yang sama maka
catatan
masa yang lebih konsisten akan dipilih mendahului.
- Setiap kesalahan akan dikenakan penalti
tambahan masa sebanyak 2 jam jika cara manual
digunakan.
- Mengikut
acara orienteering, pasukan perlu menghabiskan pencarian titik kawalan
tersebut
mengikut susunan yang dikehendaki,sebelum pulang ke titik penamat dengan
memastikan
kad kawalan telah diimbas sepenuhnya.
- Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah
keseluruhannya masa yang dibuat setiap pasukan
dalam menamatkan pertandingan tanpa
ada sebarang masalah pada kad kawalannya.
10) Penghakiman
- Hakim terdiri daripada wakil anggota
yang dilantik.
- Keputusan hakim adalah muktamad.
11) Kelewatan :
- Semua pasukan hendaklah berada di tempat pertandingan 30 minit sebelum pemeriksaan
pakaian/ pertandingan dimulakan.
- Sepuluh(10) minit akan diberikan kepada
pasukan-pasukan sebagai tempoh masa menunggu
daripada masa yang dijadualkan.
- Selepas
tempoh masa menunggu tamat, penyertaan pasukan tersebut bagi acara yang
berkenaan akan dibatalkan.
12) Tempoh Pertandingan :
- Jawatankuasa Penganjur akan menetapkan had
maksima tempoh larian bagi acara
berpasukan.Tempoh masa yang
dipersetujui. Tempoh masa pertandingan ini adalah tidak
dihadkan tetapi bagi menjaga
pertandingan ini dapat dijalankan dengan jayanya, maka
masa maksimum adalah ditetapkan
selama (3) jam bagi setiap pasukan. Pasukan hendaklah
pulang ke tempat Permulaan/Penamat
jika sudah melebihi 3 jam .
13) Pakaian Peserta Dan Peralatan
- Setiap
pasukan dikehendaki memakai pakaian seragam mengikut kumpulan supaya
dapat
menunjukkan identiti pasukan.
14) Tindakan Tatatertib (DISIPLIN/TINDAKAN HUKUMAN) :
-Tindakan
tatatertib yang akan diambil adalah mengikut Undang-undang Pertandingan
Persatuan Orienteering Malaysia (MEOSC) yang disesuaikan dengan peraturan
Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF).
15) Hadiah :
Kategori Lelaki :
- Johan (2 Peserta)
- Naib Johan (2 Peserta)
- Ke-3 (2 Peserta)
Kategori
Perempuan :
- Johan (2 Peserta)
- Naib Johan (2 Peserta)
11.2.3 Ke-3 (2 Peserta)
Kategori Mix :
- Johan (2 Peserta)
- Naib Johan (2 Peserta)
- Ke-3 (2 Peserta)
![]() |
Gambar sekadar hiasan |
Comments
Post a Comment