![]() |
Poster Pertandingan Masakan Moden |
1) Hari : Sabtu (Sesi pagi)
2) Tarikh : 29/2/2020
3) Masa : 9.30 pagi - 12.15 petang *TAKLIMAT PESERTA & PERTANDINGAN)
4) Lokasi : Tasik, Pusat Kokurikulum, BMKPM
5) Undang-Undang : Pertandingan akan disesuaikan dengan
peraturan Pertandingan Masakan Moden
6) Penyertaan :
- Penyertaan terbuka kepada semua Pelajar
Kolej Matrikulasi Pahang
- Hanya 10 pasukan sahaja yang boleh
mendaftarkan diri.
- Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang.
7) Pelaksanaan Pertandingan :
- Kejohanan ini adalah acara Berpasukan.
- Tema : (diberi semasa penyerahan bahan)
- Setiap peserta akan dibekalkan dengan
bahan-bahan dan peralatan untuk memasak. Kesemua alat-alat tersebut hendaklah
dikembalikan kepada AJK Bertugas setelah tamat acara.
- Bahan-bahan untuk memasak adalah
seperti:
- Keju
(slice@serbuk)
- Garam
- Gula
- Telur
- Roti potong
- Tepung
- Daun
ketumbar/sup
- Sayur(tomato,cili)
- Mentega
- Susu
segar
- Kentang
- Bawang
besar
- Bawang putih
- Serbuk lada
hitam
- Minyak masak
- serbuk penaik
- sosej
- Semasa di tapak masakan Moden peserta tidak dibenarkan sama sekali membawa apa-apa alatan atau bahan memasak selain bahan yang ditetapkan,
- Peserta hendaklah memasak masakan Moden dengan pelbagai kaedah.
- Peserta perlu menghidangkan dalam bekas
yang sesuai mengikut kreativiti masing -masing.
- Para peserta akan diberikan masa 1 jam
untuk, memasak, menghias, menghidang dan membersihkan tapak pertandingan
masing-masing tetapi masa untuk pertandingan masakan Moden akan bermula sebaik
sahaja masa 1 jam itu tamat.
- Penggunaan perasa dan perisa seperti
sos cili, sos tomato, dan sebagainya adalah dilarangkan tetapi garam
dikecualikan.
- Para peserta tidak dibenarkan
meninggalkan tapak pertandingan semasa pertandingan dijalankan kecuali mendapat
kebenaran daripada pihak penganjur.
- Setiap pasukan mesti menyediakan kad
menu dan tag nama dengan menggunakan bahan semula jadi dan markah bonus akan
diberikan untuk resipi.
- Bahan-bahan hiasan perlu disediakan
oleh peserta sendiri dan hanya boleh dibuat semasa pertandingan.
- Hanya 1 orang peserta dibenarkan
memberi penerangan.
- Hidangan tambahan akan diberi markah
bonus.
- Semasa pertandingan dijalankan, para
peserta tidak dibenarkan berkomunikasi dengan orang luar yang tidak melibatkan
diri dalam pertandingan.
- Para peserta yang melanggar peraturan
akan dibatalkan kelayakan pertandingannya.
- Bagi pasukan yang tidak menjaga
kebersihan tapak pertandingan, markah kebersihan bukan sahaja tidak akan
diberi, malah markah jumlah juga akan ditolak.
- Apabila masa pertandingan tamat, para
peserta mesti berhenti kerja. Markah 15% akan ditolak bagi pasukan yang
melebihi masa.
- Markah akan dipotong atau kemenangan
akan ditarik balik jika para peserta tidak mematuhi segala peraturan dan
menjaga kebersihan tapak pertandingan.
- Segala perubahan dan pindaan adalah
tertakluk kepada kuasa pihak penganjur.
- Sila hubungi pihak penganjur jika
maklumat yang diberi menimbulkan keliruan.
8) Pemberian Mata Dan Penentuan Kemenangan :
Pemarkahan :
* Rasa masakan (tidak mentah) dan
lazat (15 m)
* Penggunaan Bahan Berdasarkan Resepi
dan Hidangan lengkap (15 m)
* Persembahan Meja/Hiasan/
Kekemasan hidangan (10 m)
* Kebersihan (5 m)
* Kerjasama (5 m)
Hasil Masakan (50 m)
1. Rasa (30 m)
2. Rupa (5 m)
3. Warna (5 m)
4. Tektur (5 m)
5. Hiasan (5 m)
-Pemberian hadiah untuk acara ini
adalah untuk tempat pertama hingga ketiga sahaja.
9) Penghakiman :
- Hakim terdiri daripada Hakim yang
dilantik (minimum 3 orang pengadil).
- Keputusan hakim adalah muktamad.
10) Kelewatan :
- Semua pasukan hendaklah berada di
tempat pertandingan 30 minit sebelum pemeriksaan pakaian / pertandingan
dimulakan.
- Sepuluh (10) minit akan diberikan
kepada pasukan–pasukan sebagai
tempoh masa menunggu daripada masa yang dijadualkan.
- Selepas tempoh masa menunggu tamat,
penyertaan pasukan tersebut bagi acara yang berkenaan akan dibatalkan.
11) Tempoh Pertandingan : 1 jam
12) Pakaian Peserta Dan Peralatan :
Setiap pasukan dikehendaki memakai
pakaian yang sesuai dan sopan.
13) Tindakan Tatatertin (DISIPLIN/TINDAKAN HUKUMAN) :
- Tindakan tatatertib yang akan diambil
adalah mengikut Undang–undang Pertandingan Masakan Moden Outdoor Rec
14) Hadiah
Masakan Tradisional :
- Johan (3 Peserta)
- Naib Johan (3 Peserta)
- Ke-3 (3 Peserta)
![]() |
Gambar sekadar hiasan |
Comments
Post a Comment