Skip to main content

PERTANDINGAN KAPAL TERBANG KERTAS

Poster Pertandingan Kapal Terbang Kertas

1)   Hari     :  Sabtu

2)   Tarikh  :  29/2/2020

3)   Masa    :  10.00 pagi - 11.00 pagi ( Taklimat Peserta & Penyerahan Bahan

4)   Lokasi  :  Gelanggang Bola Keranjang, Kolej Kediaman A1

5)   Penyertaan Ahli Kumpulan  :  

-   Penyertaan terbuka kepada 24 buah kumpulan yang terdiri daripada 2 orang peserta.
-   Penyertaan dibahagikan kepada 2 kategori :

-   Longest Distance        –   12 kumpulan
-   Longest stay in the air –   12 kumpulan
-   Peserta lelaki dan perempuan dibenarkan berada didalam satu kumpulan.


6)  Yuran Penyertaan    :  RM 2 ( SETIAP KUMPULAN)

7)  Peraturan Pertandingan  :

Semasa di tapak pertandingan, peserta tidak dibenarkan sama sekali membawa bahan yang telah siap atau separa siap ke tapak pertandingan.

- Satu(1) kumpulan terdiri daripada 2 orang peserta

- Setiap kumpulan haruslah menyiapkan kapal terbang kertas mengikut masa yang telah ditetapkan 
  iaitu 15 minit.

- Peserta tidak dibenarkan merujuk google semasa membuat kapal terbang kertas.
- Semasa pertandingan dijalankan, para peserta tidak dibenarkan berkomunikasi dengan
  orang luar yang tidak melibatkan diri dalam pertandingan.

- Para peserta yang melanggar peraturan akan dibatalkan kelayakan pertandingannya.  

- Setiap kumpulan haruslah menjaga kebersihan tapak pertandingan.

- Apabila masa pertandingan tamat, para peserta mesti berhenti kerja. Markah 15% akan
  ditolak bagi pasukan yang melebihi masa.

- Markah akan dipotong atau kemenangan akan ditarik balik jika para peserta tidak mematuhi segala peraturan dan menjaga kebersihan tapak pertandingan.

- Sila hubungi pihak penganjur jika maklumat yang diberi menimbulkan keliruan.
- Kapal terbang kertas yang paling jauh dan paling lama bertahan di udara akan dikira sebagai 
  pemenang.

- Setiap kumpulan dibenarkan menyediakan lebih dari satu (1) kapal terbang kertas.

Tiga (3) peluang diberikan untuk kumpulan yang menyertai kategori Longest distance dan dua (2) peluang untuk kumpulan yang menyertai Longest stay in the air.

8) Pelaksanaan Pertandingan  : 
-  Kejohanan ini adalah acara Berkumpulan.  
-  Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan bahan-bahan untuk membina kapal terbang.
-  Bahan-bahan yang dibekalkan adalah seperti:
     Kertas A3
    * Kertas A4

9) Pemberian Mata Dan Penentuan Kemenangan :

Pemarkahan :

Longest distance & longest stay in the air

* bilangan mata maksimum = 12 mata 
* bilangan mata minimum    = 1  mata

- Contoh permarkahan  :

                 Bilangan kumpulan (12):

1.    Rank 1 (12mata)
2.    Rank 2 (11 mata)
3.    Rank 3 (10 mata)
.
                 .
                 .              
               12. Rank 12 (1 mata)

- Pemberian hadiah untuk acara ini adalah untuk tempat pertama hingga kelima sahaja.

10) Penghakiman
  
Hakim terdiri daripada Jawatankuasa Kapal Terbang Kertas yang dilantik (minimum 2 orang 
  pengadil)
-  Keputusan hakim adalah muktamad.


11)  Kelewatan

- Semua pasukan hendaklah berada di tempat pertandingan 5 minit sebelum
  pertandingan  dimulakan.
Lima(5) minit akan diberikan sebagai masa menunggu
Selepas tempoh masa menunggu tamat, penyertaan pasukan tersebut bagi acara
   yang berkenaan akan dibatalkan.


12)  Tempoh masa pertandingan  :  1 hari
   

13) Pakaian Peserta Dan Peralatan :  Setiap kumpulan dikehendaki memakai pakaian yang seragam supaya dapat menunjukkan identiti kumpulan.


14) Tindakan Tatatertib (Disiplin/Tindakan Hukuman)
     
-Tindakan tatatertib yang akan diambil adalah mengikut Peraturan Pertandingan Kapal Terbang Kertas Outdoor Rec Program Kolej Matrikulasi Pahang

15) Hadiah 

 Longest Distance:

   - Johan          (2 Peserta)
   - Naib Johan  (2 Peserta)
   - Ke-3            (2 Peserta)
   - Saguhati      (4 peserta)
Longest stay in the air:

   - Johan           (2 Peserta)
   - Naib Johan   (2 Peserta)
   - Ke-3             (2 Peserta)
   - Saguhati       (4 peserta)






Comments

Popular posts from this blog

PERTANDINGAN MASAKAN TRADISIONAL

Poster Pertandingan Masakan Tradisional 1)   Hari      :  Sabtu 2)   Tarikh   :  29/2/2020 3)   Masa     :  9.30 pagi - 12.15 tengah hari (TAKLIMAT PESERTA & PERTANDINGAN) 4)   Lokasi  : Tasik, Pusat Kokurikulum BMKPM 5)  Undang-undang   : Pertandingan akan disesuaikan dengan peraturan Pertandingan Masakan Tradisional   6)  Penyertaan  :   - Penyertaan terbuka kepada semua Pelajar  Kolej Matrikulasi Pahang - Hanya 10 pasukan sahaja yang boleh mendaftarkan diri. - Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang.  7) Pelaksanaan Pertandingan  :  - Kejohanan ini adalah acara Berpasukan. - Tema : Sarapan Ringkas Pagi - Setiap peserta akan dibekalkan dengan bahan-bahan dan peralatan untuk memasak . Kesemua alat-alat tersebut hendaklah dikembalikan kepada AJK Bertugas setelah tamat acara. *Bahan-bahan u...

PERTANDINGAN MASAKAN MODEN

Poster Pertandingan Masakan Moden 1)   Hari      :  Sabtu   (Sesi pagi) 2)   Tarikh   :  29/2/2020 3)   Masa     :  9.30 pagi - 12.15 petang * TAKLIMAT PESERTA & PERTANDINGAN) 4)   Lokasi   :  Tasik, Pusat Kokurikulum, BMKPM 5)   Undang-Undang   :  Pertandingan akan disesuaikan dengan peraturan Pertandingan Masakan  Moden   6)  Penyertaan :   - Penyertaan terbuka kepada semua Pelajar  Kolej Matrikulasi Pahang - Hanya 10 pasukan sahaja yang boleh mendaftarkan diri. - Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang. 7)  Pelaksanaan Pertandingan  : - Kejohanan ini adalah acara Berpasukan. - Tema : (diberi semasa penyerahan bahan) - Setiap peserta akan dibekalkan dengan bahan-bahan dan peralatan untuk memasak. Kesemua alat-alat tersebut hendaklah dikembalikan kepada AJ...