![]() |
Poster Pertandingan Masakan Tradisional |
2) Tarikh : 29/2/2020
3) Masa : 9.30 pagi - 12.15 tengah hari (TAKLIMAT PESERTA & PERTANDINGAN)
4) Lokasi : Tasik, Pusat Kokurikulum BMKPM
5) Undang-undang : Pertandingan akan disesuaikan dengan peraturan
Pertandingan Masakan Tradisional
6) Penyertaan :
- Penyertaan terbuka kepada semua Pelajar
Kolej Matrikulasi Pahang
- Hanya 10 pasukan sahaja yang boleh mendaftarkan diri.
- Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang.
7) Pelaksanaan Pertandingan :
- Kejohanan ini adalah acara Berpasukan.
- Tema : Sarapan Ringkas Pagi
- Setiap peserta akan dibekalkan dengan bahan-bahan
dan peralatan untuk memasak . Kesemua alat-alat tersebut hendaklah dikembalikan
kepada AJK Bertugas setelah tamat acara.
*Bahan-bahan untuk memasak adalah seperti:
- Kentang
- Ibu Roti
- Tepung
Gandum
- Telur
- Gula
- Garam
- Ikan Bilis
- Majerin
- Bawang
Putih
- Cili Boh
- Minyak
- Bawang
besar
- Mancis (4
batang)
- Daun
Pisang
- Semasa di tapak masakan tradisional,
peserta tidak dibenarkan sama sekali membawa apa-apa alatan atau bahan memasak
selain bahan yang ditetapkan,
- Peserta hendaklah memasak masakan tradisional
dengan pelbagai kaedah seperi membakar, mengukus,
memanggang, mengolak, merebus dan sebagainya.
- Peserta perlu menghidangkan dalam bekas
yang sesuai mengikut kreativiti dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang
terdapat di kawasan sekitar sahaja.
- Para peserta akan diberikan masa 2 jam
untuk menyalakan api, memasak, menghias, menghidang dan membersihkan tapak
pertandingan masing-masing tetapi masa untuk pertandingan masakan tradisional
akan bermula sebaik sahaja masa 2 jam itu tamat.
- Bahan api mesti terdiri daripada bahan
semula jadi. Bahan-bahan seperti kertas, umpan dan minyak tanah tidak
dibenarkan. Buluh tidak akan disediakan.
* batang mancis akan dibekalkan kepada
para peserta untuk menyalakan api. Markah akan ditolak bagi setiap batang
mancis tambahan.
-Masa 15 minit akan diberikan untuk
menghidupkan api. Markah menghidupkan api tidak akan diberi selepas 15 minit.
Para peserta hanya dibenarkan menyalakan maksimum 2 nyalaan api sahaja.
- Penggunaan perasa dan perisa seperti
sos cili, sos tomato, dan sebagainya adalah dilarangkan tetapi garam dikecualikan.
- Para peserta tidak dibenarkan
meninggalkan tapak pertandingan semasa pertandingan dijalankan kecuali mendapat
kebenaran daripada pihak penganjur.
- Setiap pasukan mesti menyediakan kad
menu dan tag nama dengan menggunakan bahan semula jadi dan markah bonus akan
diberikan untuk resipi.
- Bahan-bahan hiasan perlu disediakan
oleh peserta sendiri dan hanya boleh dibuat semasa pertandingan. Segala
bahan-bahan perhiasan mestilah terdiri daripada bahan semula jadi seperti buah-buahan.
- Hanya 1 orang peserta dibenarkan
memberi penerangan.
- Hidangan tambahan akan diberi markah
bonus.
-Penggunaan alatan moden seperti
periuk, kuali, kertas aluminium, pinggan, sudu, garpu dan lainlain untuk
persediaan masakan adalah dilarangkan kecuali dibuat oleh diri sendiri daripada
bahan semula jadi seperti buluh.
- Semasa pertandingan dijalankan, para
peserta tidak dibenarkan berkomunikasi dengan orang luar yang tidak melibatkan
diri dalam pertandingan.
- Para peserta yang melanggar peraturan
akan dibatalkan kelayakan pertandingannya.
- Bagi pasukan yang tidak menjaga
kebersihan tapak pertandingan, markah kebersihan bukan sahaja tidak akan
diberi, malah markah jumlah juga akan ditolak.
- Apabila masa pertandingan tamat, para
peserta mesti berhenti kerja. Markah 15% akan ditolak bagi pasukan yang
melebihi masa.
- Markah akan dipotong atau kemenangan
akan ditarik balik jika para peserta tidak mematuhi segala peraturan dan
menjaga kebersihan tapak pertandingan.
- Segala perubahan dan pindaan adalah
tertakluk kepada kuasa pihak penganjur.
- Sila hubungi pihak penganjur jika
maklumat yang diberi menimbulkan keliruan.
8) Pemberian Mata Dan Penentuan Kemenangan :
Pemarkahan :
- Rasa
masakan (tidak mentah) dan lazat (10 m)
-Teknik menghidupkan api (10 m)
- Penggunaan Bahan Berdasarkan Resepi dan Hidangan lengkap (10 m)
- Persembahan Meja/Hiasan/ Kekemasan hidangan (10 m)
- Kebersihan (5 m)
- Kerjasama (5 m
Hasil
Masakan (50 m) :
1. Rasa (30 m)
2. Rupa (5 m)
3. Warna (5 m)
4. Tektur (5 m)
5. Hiasan (5 m)
- Pemberian hadiah untuk acara ini
adalah untuk tempat pertama hingga ketiga sahaja.
9) Penghakiman :
- Hakim terdiri daripada Hakim yang
dilantik (minimum 2 orang pengadil).
- Keputusan hakim adalah muktamad.
10) Kelewatan :
- Semua pasukan hendaklah berada di tempat
pertandingan 30 minit sebelum pemeriksaan pakaian / pertandingan dimulakan.
- Sepuluh (10) minit akan diberikan kepada
pasukan–pasukan sebagai tempoh masa menunggu daripada masa yang dijadualkan.
- Selepas tempoh masa menunggu tamat, penyertaan
pasukan tersebut bagi acara yang berkenaan akan dibatalkan.
11) Tempoh Pertandingan : 2 jam
12) Pakaian Peserta Dan Peralatan :
-Setiap pasukan dikehendaki memakai pakaian
yang sesuai dan sopan.
13) Tindakan Tatatertib (DISIPLIN/TINDAKAN HUKUMAN) :
- Tindakan tatatertib yang akan diambil adalah
mengikut Undang–undang Pertandingan Masakan Tradisional Outdoor Rec
14) Hadiah :
Masakan Tradisional
- Johan (3 Peserta)
- Naib Johan (3 Peserta)
- Ke-3 (3 Peserta)
Comments
Post a Comment