![]() |
Poster Pertandingan Night O |
1) Hari : Jumaat (sesi malam)
2) Tarikh : 28/2/2020
3) Masa : 8.30 malam - 10.45 malam
4) Lokasi : -Tempat
Letak Kereta Dewan Kuliah, KMPh (Taklimat peserta)
- Kawasan Sekitar Kolej Matrikulasi Pahang (Tempat Pertandingan)
5) Penyertaan Ahli :
- Penyertaan terbuka kepada semua pelajar
Kolej Matrikulasi Pahang.
- Penyertaan terdiri daripada 20
kumpulan.
- Setiap kumpulan mestilah terdiri
daripada 4 orang peserta:
Anggota Kumpulan : - 1 orang lelaki
- 3 orang perempuan
6) Yuran Penyertaan SETIAP KUMPULAN : RM 4
6) Yuran Penyertaan SETIAP KUMPULAN : RM 4
7) Pelaksanaan Pertandingan :
- Kejohanan ini adalah acara
Berpasukan.
- Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan
peta orienteering dan kad kawalan. Kesemua alatan perlu diserahkan kepada ahli
bertugas semasa tiba di garis penamat.
- Masa
berlepas bagi setiap kumpulan telah ditetapkan mengikut setiap landas. Satu
kumpulan pada setiap landas akan dilepaskan pada masa yang sama dan seterusnya
kepada kumpulan-kumpulan lain secara berperingkat.
- Peserta-peserta apabila tiba di setiap Titik
Kawalan (CP) dikehendaki merakam/mendaftar kad kawalan masing-masing.
- Para peserta hendaklah mengimbas ‘QR
Code’ masing-masing. Jika sekiranya peserta gagal mengimbas kod, tidak dapat
menamatkan perlumbaan atau kehilangan kad kawalan akan dikira batal.
- Peserta yang tiba di garisan penamat melebihi
had masa perlumbaan akan dibatalkan serta-merta.
8) Pemberian Mata Dan Penentuan Kemenangan :
Acara Berpasukan:
- Penentuan pasukan yang
menang dibuat dengan mengambil kira kutipan masa oleh setiap pasukan
bertanding. Pasukan yang memperolehi kutipan masa tersingkat akan diisytiharkan
sebagai pemenang.
- Kiraan masa dibuat
berdasarkan masa yang diambil untuk menyelesaikan pusingan dan ditambah dengan
masa penalti sekiranya ada.
- Setiap kesalahan yang
dilakukan oleh kumpulan bertanding, penalti masa tambahan sebanyak 30 minit
ditambah kedalam catatan masa perlumbaan kumpulan.
- Setiap pasukan haruslah mengimbas setiap kod
mengikut turutan yang telah ditetapkan sebelum bergerak ke titik penamat
perlumbaan.
9) Penghakiman :
- Hakim terdiri daripada wakil anggota
yang dilantik
- Keputusan hakim adalah muktamad.
10) Kelewatan :
- Semua pasukan
hendaklah berada di tempat pertandingan 30 minit sebelum pemeriksaan
pakaian / pertandingan dimulakan.
- Sepuluh (10) minit akan
diberikan kepada pasukan–pasukan sebagai tempoh masa menunggu daripada masa
yang dijadualkan.
- Selepas tempoh masa menunggu
tamat, penyertaan pasukan tersebut bagi acara yang berkenaan akan
dibatalkan.
11) Tempoh Pertandingan :
- Jawatankuasa
Penganjur akan menetapkan had maksima tempoh larian bagi acara berpasukan.
Tempoh masa yang dipersetujui. Tempoh masa pertandingan ini adalah tidak
dihadkan tetapi bagi menjaga pertandingan ini dapat dijalankan dengan jayanya,
maka masa maksimum adalah ditetapkan selama satu jam setengah (1:30) jam bagi
setiap pasukan adalah lebih dari mencukupi. Pasukan hendaklah pulang ke tempat
Permulaan/ Penamat jika sudah melebihi satu jam setengah masa perlumbaan.
12) Pakaian Peserta Dan Peralatan :
- Pakaian yang seragam supaya dapat menunjukkan identiti
pasukan. Sebaik-baiknya baju koko (KAKOM) yang seragam bagi setiap pasukan.
13) Tindakan Tatatertib (DISIPLIN/TINDAKAN HUKUMAN) :
- Tindakan
tatatertib yang akan diambil adalah mengikut Undang–undang Pertandingan
Persatuan Orienteering Malaysia (MEOSC) yang disesuaikan dengan peraturan Persekutuan
Orienteering Antarabangsa (IOF).
14) Hadiah :
Kategori Mix :
- Johan (2 Peserta)
- Naib Johan (2 Peserta)
- Ke-3 (2 peserta)
![]() |
Gambar sekadar contoh |
Comments
Post a Comment