Skip to main content

PERTANDINGAN MEMANCING



Poster Pertandingan Memancing

1) Hari       :  Sabtu

2) Tarikh   :  29/2/2020

3) Masa     : 9.00 pagi - 12.00 pagi

4) Lokasi   : Kawasan tasik blok A, Kolej Matrikulasi Pahang

5) Penyertaan Ahli Kumpulan   :  Terbuka kepada 350 orang pelajar KMPh ( yang telah mendaftarkan diri melalui Google Form yang telah disebarkan.

6) Yuran PenyertaanRM1 (SETIAP PESERTA)

7)  Pelaksanaan Aktiviti

- Kejohanan ini dijalankan secara individu. 
- Pelajar hanya dibenarkan untuk membeli 1 set pancing sahaja( joran dan mata kail).
- Hanya pelajar yang telah berdaftar sahaja, boleh menyertai pertandingan memancing.
- Peserta dibenarkan memancing dikawasan sekeliling tasik KMPH sahaja.
- Peserta boleh menggunakan umpan sendiri yang dibawa selepas umpan yang disediakan habis.
- Cubaan memancing tidak had sehingga masa pertandingan tamat.
- Penghakiman
- Hakim terdiri daripada urusetia yang dilantik.
- Hakim akan menentukan pemenang berdasarkan berat ikan yang berjaya dipancing.
- Semua ikan yang ditangkap perlu terus ditimbang.Ikan yang ditimbang selepas pertandingan tidak
  akan dikira.
- Pemberian hadiah akan dilakukan setelah pertandingan tamat dijalankan dan disahkan oleh hakim.
- Peserta yang melanggar syarat-syarat pertandingan secara automatik akan dibatalkan penyertaannya.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kemalangan dan kehilangan harta benda sewaktu pertandingan dijalankan.

8) Kelewatan

-  Semua peserta hendaklah berada di tempat pertandingan dijalankan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum pertandingan dimulakan.
- 10 minit akan diberikan kepada peserta sebagai tempoh menunggu daripada masa yang dijadualkan.
- Selepas tempoh masa menunggu tamat, penyertaan peserta secara automatik akan terbatal.

9) Tempoh Pertandingan

- Tempoh masa memancing adalah tidak terhad sehingga pertandingan tamat.
-Tempoh memancing adalah dari pukul 9.00 a.m sehingga 12.00 p.m

10) Pakaian Peserta DAN Peralatan

-  Pakaian pelajar bebas (tertakluk kepada syarat pemakaian Outdoor Rec 2020)
-  Pelajar boleh membawa dan menggunakan umpan sendiri jika perlu. Segala peralatan lain akan dibekalkan oleh pihak penganjur. Umpan cengkerik telah disediakan oleh pihak penganjur. 

11) Hadiah

- Hadiah disediakan bagi tempat pertama hingga tempat ke sepuluh bagi kategori ikan paling besar.
- Hadiah disediakan bagi tempat pertama hingga ke lima bagi kategori ikan paling kecil. 
- Hadiah turut disediakan bagi peserta yang mendapatkan ikan paling pantas.
- Cabutan bertuah disediakan buat peserta yang menyertai pertandingan.



Aktiviti memancing di Tasik KMPh





Comments

Popular posts from this blog

PERTANDINGAN KAPAL TERBANG KERTAS

Poster Pertandingan Kapal Terbang Kertas 1)   Hari     :  Sabtu 2)   Tarikh  :  29/2/2020 3)   Masa    :  10.00 pagi - 11.00 pagi ( Taklimat Peserta & Penyerahan Bahan 4)   Lokasi  :   Gelanggang Bola Keranjang, Kolej Kediaman A1 5)   Penyertaan Ahli Kumpulan  :   -   Penyertaan terbuka kepada 24 buah kumpulan yang terdiri daripada 2 orang peserta . -   Penyertaan dibahagikan kepada 2 kategori : -    Longest Distance         –    12 kumpulan -    Longest stay in the air –    12 kumpulan -   Peserta lelaki dan perempuan dibenarkan berada didalam satu kumpulan. 6)  Yuran Penyertaan    :  RM 2 ( SETIAP KUMPULAN) 7)  Peraturan Pertandingan  : -  Semasa di tapak pertandingan, peserta tidak dibenarkan sama sekali membawa  bahan yang telah siap atau separa siap ke tapak pertandingan. - Satu(1) kumpulan terdiri daripada 2 orang peserta - Setiap kumpulan haruslah menyiapkan kapal terbang kertas mengikut masa yang telah ditetapkan 

PERTANDINGAN MASAKAN TRADISIONAL

Poster Pertandingan Masakan Tradisional 1)   Hari      :  Sabtu 2)   Tarikh   :  29/2/2020 3)   Masa     :  9.30 pagi - 12.15 tengah hari (TAKLIMAT PESERTA & PERTANDINGAN) 4)   Lokasi  : Tasik, Pusat Kokurikulum BMKPM 5)  Undang-undang   : Pertandingan akan disesuaikan dengan peraturan Pertandingan Masakan Tradisional   6)  Penyertaan  :   - Penyertaan terbuka kepada semua Pelajar  Kolej Matrikulasi Pahang - Hanya 10 pasukan sahaja yang boleh mendaftarkan diri. - Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang.  7) Pelaksanaan Pertandingan  :  - Kejohanan ini adalah acara Berpasukan. - Tema : Sarapan Ringkas Pagi - Setiap peserta akan dibekalkan dengan bahan-bahan dan peralatan untuk memasak . Kesemua alat-alat tersebut hendaklah dikembalikan kepada AJK Bertugas setelah tamat acara. *Bahan-bahan untuk memasak adalah seperti: - Kentang - Ibu Roti - Tepung Gandum - Telur - Gula -  Garam - Ikan Bilis - Majerin - Bawang Puti

PERTANDINGAN MASAKAN MODEN

Poster Pertandingan Masakan Moden 1)   Hari      :  Sabtu   (Sesi pagi) 2)   Tarikh   :  29/2/2020 3)   Masa     :  9.30 pagi - 12.15 petang * TAKLIMAT PESERTA & PERTANDINGAN) 4)   Lokasi   :  Tasik, Pusat Kokurikulum, BMKPM 5)   Undang-Undang   :  Pertandingan akan disesuaikan dengan peraturan Pertandingan Masakan  Moden   6)  Penyertaan :   - Penyertaan terbuka kepada semua Pelajar  Kolej Matrikulasi Pahang - Hanya 10 pasukan sahaja yang boleh mendaftarkan diri. - Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang. 7)  Pelaksanaan Pertandingan  : - Kejohanan ini adalah acara Berpasukan. - Tema : (diberi semasa penyerahan bahan) - Setiap peserta akan dibekalkan dengan bahan-bahan dan peralatan untuk memasak. Kesemua alat-alat tersebut hendaklah dikembalikan kepada AJK Bertugas setelah tamat acara. - Bahan-bahan untuk memasak adalah seperti: - Keju (slice@serbuk) - Garam - Gula - Telur - Roti potong - Tepung - Daun ketumbar/sup