Skip to main content

PERTANDINGAN KRAF PERKHEMAHAN






Poster Pertandingan Kraf Perkhemahan
Hari  : Sabtu

Tarikh  : 28 & 29 Februari 2020

Tempat Pertandingan  :  Garaj Felo Kolej Kediaman Kolej Matrikulasi Pahang

Masa :

- 3.00 petang  (Jumaat, 28/2/2020) , Lokasi - Tapak Pertandingan
 *TAKLIMAT  PESERTA & PENYERAHAN BARANG* 

 - 3.30 petang - 6.45 petang, (Jumaat, 28/2/2020),  Lokasi - Tapak Pertandingan
*SESI PERTAMA PERTANDINGAN KRAF PERKHEMAHAN*

8.30 pagi - 10.30 pagi, (Sabtu, 29/2/2020), Lokasi - Tapak Pertandingan
*SESI KEDUA PERTANDINGAN KRAF PERKHEMAHAN*
              

Yuran pertandingan :  RM5 (1 kumpulan)

Syarat Penyertaan Ahli Kumpulan :

1. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar Kolej Matrikulasi Pahang.

2. Satu kumpulan terdiri daripada 4 orang (campuran lelaki dan perempuan).

2. Terhad kepada 10 kumpulan sahaja.

Peraturan Pertandingan :

1.   Bahan seperti gam, gunting dan lain-lain tidak disediakan. Peserta perlu membawa sendiri jika mahu menggunakan bahan tersebut.
2.  Peserta hendaklah membina sekurang kurangnya 4 model obstacle run dengan pelbagai kaedah mengikut tema yang telah ditetapkan.
3.   Para peserta tidak dibenarkan meninggalkan tapak pertandingan semasa pertandingan dijalankan kecuali mendapat kebenaran daripada pihak penganjur.
4. Semasa sesi pembentangan, 2 orang peserta mestilah memberikan penerangan kepada juri tentang kraf yang dibina oleh kumpulan masing-masing.
5.  Penggunaan alatan moden untuk persediaan pembinaan kraf adalah dilarang seperti hot glue gun.
6.  Semasa pertandingan dijalankan, para peserta tidak dibenarkan berkomunikasi dengan orang luar yang tidak melibatkan diri dalam pertandingan.
7.  Para peserta yang melanggar peraturan akan dibatalkan kelayakan pertandingannya.
8.   Bagi pasukan yang tidak menjaga kebersihan tapak pertandingan, markah kebersihan bukan sahaja tidak akan diberi, malah markah jumlah juga akan ditolak.
9.  Apabila masa pertandingan tamat, para peserta mesti berhenti kerja. Markah 15% akan ditolak bagi pasukan yang melebihi masa.
10. Markah akan dipotong atau kemenangan akan ditarik balik jika para peserta tidak mematuhi segala peraturan dan menjaga kebersihan tapak pertandingan.
11.  Semua pasukan hendaklah berada di tempat pertandingan 15 minit sebelum pertandingan dimulakan. 
12.  Sepuluh (10) minit akan diberikan kepada pasukan–pasukan sebagai tempoh masa menunggu daripada masa yang dijadualkan.
13. Selepas tempoh masa menunggu tamat, penyertaan pasukan tersebut bagi acara yang berkenaan akan dibatalkan.
14. Setiap pasukan dikehendaki memakai pakaian yang seragam supaya dapat menunjukkan identiti pasukan.
15. Setiap pasukan dikehendaki membawa tikar masing masing untuk keselesaan ketika membina kraf perkhemahan.


Hadiah yang disediakan :

1. Sijil untuk setiap peserta akan disediakan.
2. Kategori pemenang adalah seperti berikut :

-J
- Johan          : 4 peserta
- Naib Johan : 4 peserta
- Ketiga        :  4 peserta



Contoh hasil kerja Pertandingan Kraf Perkhemahan

-





Comments

Popular posts from this blog

PERTANDINGAN KAPAL TERBANG KERTAS

Poster Pertandingan Kapal Terbang Kertas 1)   Hari     :  Sabtu 2)   Tarikh  :  29/2/2020 3)   Masa    :  10.00 pagi - 11.00 pagi ( Taklimat Peserta & Penyerahan Bahan 4)   Lokasi  :   Gelanggang Bola Keranjang, Kolej Kediaman A1 5)   Penyertaan Ahli Kumpulan  :   -   Penyertaan terbuka kepada 24 buah kumpulan yang terdiri daripada 2 orang peserta . -   Penyertaan dibahagikan kepada 2 kategori : -    Longest Distance         –    12 kumpulan -    Longest stay in the air –    12 kumpulan -   Peserta lelaki dan perempuan dibenarkan berada didalam satu kumpulan. 6)  Yuran Penyertaan    :  RM 2 ( SETIAP KUMPULAN) 7)  Peraturan Pertandingan  : -  Semasa di tapak pertandingan, peserta tidak dib...

PERTANDINGAN MASAKAN TRADISIONAL

Poster Pertandingan Masakan Tradisional 1)   Hari      :  Sabtu 2)   Tarikh   :  29/2/2020 3)   Masa     :  9.30 pagi - 12.15 tengah hari (TAKLIMAT PESERTA & PERTANDINGAN) 4)   Lokasi  : Tasik, Pusat Kokurikulum BMKPM 5)  Undang-undang   : Pertandingan akan disesuaikan dengan peraturan Pertandingan Masakan Tradisional   6)  Penyertaan  :   - Penyertaan terbuka kepada semua Pelajar  Kolej Matrikulasi Pahang - Hanya 10 pasukan sahaja yang boleh mendaftarkan diri. - Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang.  7) Pelaksanaan Pertandingan  :  - Kejohanan ini adalah acara Berpasukan. - Tema : Sarapan Ringkas Pagi - Setiap peserta akan dibekalkan dengan bahan-bahan dan peralatan untuk memasak . Kesemua alat-alat tersebut hendaklah dikembalikan kepada AJK Bertugas setelah tamat acara. *Bahan-bahan u...

PERTANDINGAN MASAKAN MODEN

Poster Pertandingan Masakan Moden 1)   Hari      :  Sabtu   (Sesi pagi) 2)   Tarikh   :  29/2/2020 3)   Masa     :  9.30 pagi - 12.15 petang * TAKLIMAT PESERTA & PERTANDINGAN) 4)   Lokasi   :  Tasik, Pusat Kokurikulum, BMKPM 5)   Undang-Undang   :  Pertandingan akan disesuaikan dengan peraturan Pertandingan Masakan  Moden   6)  Penyertaan :   - Penyertaan terbuka kepada semua Pelajar  Kolej Matrikulasi Pahang - Hanya 10 pasukan sahaja yang boleh mendaftarkan diri. - Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang. 7)  Pelaksanaan Pertandingan  : - Kejohanan ini adalah acara Berpasukan. - Tema : (diberi semasa penyerahan bahan) - Setiap peserta akan dibekalkan dengan bahan-bahan dan peralatan untuk memasak. Kesemua alat-alat tersebut hendaklah dikembalikan kepada AJ...